| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bolasepak Piala Tan Sri Murad Bin Ahmad Kali Ke-31 Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2014 

Penjara Simpang Renggam menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bolasepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali Ke-31 yang diadakan pada 20 hingga 22 Februari 2014. Seramai 420 pemain daripada 19 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut.  Kejohanan tersebut telah berlangsung di tiga veneu kejohanan di Institut Perguruan Batu Pahat, Stadium Batu Pahat dan Kolej Vokasional Batu Pahat. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia telah diadakan di Stadium Batu Pahat. TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Simpang Renggam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan turut menyambut kehadiran tetamu yang hadir di antaranya ialah KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah  Pengurusan Banduan, KPj Haji Abd Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Kajang, Ketua-ketua Institusi Zon Selatan, Pengarah Majlis Perbandaran Batu Bahat dan Jabatan Pertahanan Awam Batu Pahat. Penjara Kajang (Selangor A) telah dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan Bolasepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Edisi Ke-31 manakala Penjara Taiping di tempat ke dua diikuti ketiga bersama Penjara Melaka dan Penjara Sabah.

 

""